KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penahanan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard pada Khamis bukan disebabkan perhimpunan yang akan diadakan pada 16 September ini.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebaliknya penahanan Chegu Bard adalah berdasarkan waran tangkap yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 13 September lalu.
"Pada 14 September 2023, jam 8.00 malam pihak Polis Diraja Malaysia telah berjaya membuat tangkapan terhadapan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
"Tangkapan dibuat setelah mendapat waran tangkap ke atas Chegu Bard pada 13 September 2023 dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ekoran daripada keengganan beliau memberi kerjasama kepada pihak polis setelah arahan penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dikeluarkan ke atas dirinya pada 9 Julai 2023," jelasnya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Tegas Shuhaily, tangkapan terhadap Chegu Bard tiada kaitan dengan Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan pada 16 September depan.
"PDRM ingin menegaskan bahawa tangkapan terhadap Chegu Bard tidak ada kena mengena dengan perhimpunan yang bakal diadakan sekumpulan individu pada 16 September 2023 ini.
"PDRM mengesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengugat keharmonian negara.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, jelas Shuhaily, Chegu Bard disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ia susulan kenyataannya terhadap isu rundingan konflik sempadan Malaysia-Indonesia dan mendakwa Perdana Menteri telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.
"Pada 21 Jun 2023, pihak Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan ke atas Chegu Bard disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Selain daripada itu, PDRM juga mempunyai lima kertas siasatan yang memerlukan kehadiran Chegu Bard untuk membantu siasatan. Kesemua kes ini juga beliau enggan memberi kerjasama," katanya lagi.
Fareez Azman
Thu Sep 14 2023
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. - Foto BERNAMA
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji Presiden Iran, Ebrahim Raisi sebagai rakan strategik yang sangat dipercayai dan mengesahkan hubungan baik antara Rusia dan Iran akan berterusan.
Beberapa negara boleh main peranan dalam isu Gaza, walau sementara
Setiausaha Negara AS. Antony Blinken pada Selasa berkata beberapa negara boleh memainkan peranan penting, "sekurang-kurangnya secara sementara," jika diperlukan dalam membantu menawarkan sebarang bentuk keselamatan bagi Gaza selepas perang.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
WHO gesa Israel tarik sekatan bantuan ke Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar Israel menarik balik sekatan bantuan ke Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki-baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Kes Faisal Halim: Polis nafi tangkap suspek ketiga
Polis menafikan dakwaan ada tangkapan suspek ketiga membabitkan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
Akaun IG dakwa ada maklumat kes simbah asid Faisal Halim adalah palsu - PDRM
PDRM mengenal pasti bahawa akaun IG Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan adalah palsu.